Friday, September 18, 2009

Siri 3: Sejarah Ilmu Falak Di Malaysia








Mengikut sejarah, kedatangan ilmu falak di Malaysia (Semenanjung Tanah Melayu ) serentak dengan kedatangan Islam.

Ini terbukti bila dirujuk kepada Batu bersurat dan juga kehadiran Syeikh Abdul Aziz An Nayyiri ke Melaka.

Mengikut batu bersurat yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu, terdapat catatan seperti berikut:

"....Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala...."

"....Baginda Rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua...."

Saratan merujuk kepada Buruj ( Gugusan ) Saratan. Tujuh ratus dua pula merujuk kepada tahun 702 Hijrah.

Fakta di atas menunjukkan bahawa telah wujud penggunaan takwim Islam dan digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Begitu juga dengan kehadiran Syeikh Abdul Aziz ke pantai Melaka. Beliau bersama dengan ahli rombongan menunaikan solat Asar sebaik saja tiba di pantai Melaka. Tentunya mereka menggunakan ilmu falak untuk menentukan arah kiblat dan masuknya waktu Asar.

Di sana terdapat satu manuskrip yang membicarakan mengenai kejadian alam semesta yang bertajuk Bad'u Kalqis Samawatiwal Ard (  بدع خلق السموات والارض ) yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Nuruddin Al Raniri dari Aceh pada tahun 1046 H. Ia boleh di dapati di Bahagian Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia. Manuskrip ini mengandungi jadual pergerakan matahari dan bulan yang di percayai sebahagian daripada Zij Ulugh Beg seorang ahli falak pada kurun ke-15 M.




Pantai Selat Melaka

No comments:

Post a Comment