Saturday, October 30, 2010

Info Jatuhnya Objek Objek Dari Langit Telah DiRakam Al Quran








17. atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

( Al Mulk: 17 )


Sekitar tahun 80 an, Tim Gehryl menemui sekitar 15 buah asteroid yang memiliki ukuran yang cukup merbahaya kepada bumi. Pada tahun 1994 sekurang-kurangnya 100 asteroid melintasi orbit bumi. Maklumat dari NASA pula menunjukkan antara 1000 hingga 4000 asteroid dan komet yang bergerak bersilang dengan garis orbit bumi. Jika batu batu besar itu jatuh ke bumi, umat manusia akan hancur dan memusnahkan seluruh kehidupan di bumi.

Sunday, October 17, 2010

Siri 9: Penentuan Arah Kiblat Dengan Trigonometri Sfera






Lokasi: Jasin, Melaka





Mukim
Keluasan
6,746 hektar
3,923 hektar
2,084 hektar
Chabau(Asahan)
3,897 hektar
3,329 hektar
789 hektar
Jasin
5,477 hektar
1,048 hektar
4,414 hektar
4,674 hektar
8,067 hektar
4,208 hektar
2,865 hektar
6,100 hektar
530 hektar
2,525 hektar
2,606 hektar
2,948 hektar
259 hektar
1,307 hektar
Keluasan Daerah Jasin
67,696 hektar





























Kaedah pengiraan Trigonometri Sfera untuk mencari arah kiblat bagi kawasan Jasin Melaka.

Latitud Jasin Ǿt : 2° 23' 00"

Longitud Jasin ˄t : 101° 59' 00"

Latitud Mekah Ǿᵐ : 21° 25' 15.6"

Longitud Mekah ˄ᵐ : 39° 49' 29.1"


* Latitud dan Longitud Kaabah adalah tetap
* Latitud dan Longitud tempatan ( contoh Jasin ) boleh didapati di Jabatan Ukur dan Pemetaan atau lama web JAKIM.

ATAU

sekiranya anda menggunakan handphone yang mempunyai ciri GPS seperti Nokia E5, anda dapat melihat terus Garis Lintang dan Garis Bujur di lokasi anda berada.










      Nokia E5


Tekan pada:  

1. Menu
2. Maps
3. My Position
4. Show detail



Keperluan: Saintifik Kalkulator











Formula:

Tan a = sin ( ˄t - ˄ᵐ )
________________________
Tan Ǿᵐ Cos Ǿt - Sin Ǿt Cos ( ˄t - ˄ᵐ )



Sin (101° 59' 00" - 39° 49' 29.1")
= 0° 53' 3.28"

Tan 21° 25' 15.6" Cos 2° 23' 00"
= 0° 23' 31.13"

Sin 2° 23' 00" Cos ( 101° 59' 00" - 39° 49' 29.1")
= 0° 1' 9.92"

0° 23' 31.13 - 0° 1' 9.92
= 0° 22' 21.21"

0° 53' 3.28" ÷ 0° 22' 21.21"
= 2° 22' 24.38"
Tan-ˡ 2 22' 24.38"
= 67° 9' 10.33"

360° - 67° 9' 10.33"
= 292° 50' 49.6"

Azimut kiblat daerah Jasin = 292° 50' 49.6" (dari arah utara hakiki ).















Terima kasih kepada Nasirudin al-Tusi pengasas Trigonometri.
Lahir di Iran 18 Februari 1201 ( 11 Jamadil Ula 597 H )
Meninggal: 26 Jun 1274 ( 18 Zulhijjah 672 H )
Umur 73 tahun









Saturday, October 16, 2010

Bintang Sirius ( Syi'ra ) Bintang Paling Terang Di Langit

Firman Allah Taala dalam surah An Najm ayat 49:


وانه هو رب الشعري

"Dialah pemilik bintang Syi'ra"

Imam Hafiz Jalaluddin Al Sayuti pula menyebut dalam kitab Tafsir Al Jalalain sebagai berikut:

وأنه هو رب الشعرى } هي كوكب خلف الجوزاء كانت تعبد في الجاهلية

"Dan Dialah pemilik bintang Syi'ra: iaitu bintang yang berada dibelakang jauza' dan pada zaman jahiliyah bintang ini dijadikan objek sembahan.








Tafsir Al Jalalain

Bintang Sirius adalah bintang ganda iaitu Sirius A dan Sirius B. Bintang Sirius ini beredar dalam bentuk bulat telur mengelilingi antara keduanya. Peredarannya mengambil masa 49.9 tahun di atas garis edar berbentuk busur.

فكان قاب قوسين او ادني


'Maka jadilah ia dekat dua hujung busur panah atau lebih dekat dari itu" (An Najm: 9 )

Kedudukan bintang mudah dikesan. Ia membetuli tiga bintang yang berderetan berada di dalam Buruj Orion atau Belantik yang digunakan untuk panduan arah kiblat di Malaysia iaitu Nitaq, Nilam dan Mintaka.








Mungkin kerana terangnya juga adalah salah satu faktor yang mendorong orang orang zaman jahiliyah menyembahnya... wallahu a'lam

Friday, October 1, 2010

Fenomena Bulan Terbelah Dan Fobia Maklumat Islam

























1. Pembukaan surah Al Qamar
2. Gambaran terbelahnya bulan
3. Dr. Zaghlul An Najjar
4. Permukaan bulan - Gambar NASA


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1. telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.


2. dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.


3. dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).


4. dan sesungguhnya! telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu).


5. (yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; Dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar).


( Surah Al Qamar: 1-5 )


"Penduduk Mekah pernah meminta Rasulullah صلي الله عليه وسلم agar memperlihatkan suatu tanda kenabian Baginda kepada mereka. (Dengan mukjizat) Baginda memperlihatkan kepada mereka bulan terbelah dua sehingga mereka dapat melihat Gua Hira' di celah-celah kedua belahan bulan tersebut"

( Riwayat al Bukhari dalam kitab Al Maghazi)


Hadis ini sahih dari segi sanad dan matannya kerana termaktub dalam Sahih Al Bukhari, sebuah kitab yang paling sahih di atas muka bumi ini selepas Al Quran.


Namun demikian, ada tokoh ternama Islam cuba menolak hakikat ini dan menganggap ia tidak sesuai dibicarakan di zaman sains dan teknologi ini. Mungkin kerana malu ( malu tak bertempat ) atau fobia maklumat yang tak mampu dihuraikan...wallahu a'lam


Dr. Zaghlul An Najjar ketika menyampaikan ceramahnya di satu seminar di Fakulti Perubatan Universiti Cardiff di Wals ketika menjawab beberapa pertanyaan dari peserta, bangun seorang warga Inggeris Muslim untuk berkongsi pendapat.


Beliau memperkenalkan dirinya sebagai David M.Pidcock yang sedang memimpin sebuah organisasi Islam. Beliau menyatakan ayat diawal surah Al Qamar lah yang menyebabkan keislamannya pada akhir 1970an. Beliau sedang membuat kajian terhadap agama-agama di dunia dan salah seorang sahabatnya menghadiahkan senaskhah al Quran terjemahan kepadanya. Ketika membelek helaian helaian naskhah itu beliau tertarik dengan surah Al Qamar. Oleh kerana beliau tidak percaya bahawa bulan pernah terbelah, beliau menutup buku terjemahan itu dan meninggalkannya begitu sahaja.


Ketika menonton satu siaran BBC mengenai perjalanan luar angkasa pada tahun 1978, seorang penyiar Inggeris - James Burke - menjemput tiga orang angkasawan Amerika. Dalam siaran tersebut mereka dikritik tentang besarnya perbelanjaan yang dikeluarkan iaitu sekitar 100 juta Dolar terpaksa dihabiskan untuk mendaratkan angkasawan di bulan. Ia disifatkan sebagai satu pemborosan.


Para angkasawan memberi jawapan bahawa perjalanan tersebut amat berguna untuk tujuan diagnosis, medik, industri, pertanian dan lain-lain. Mereka juga menyatakan bahawa perjalanan tersebut juga membuktikan satu lagi fakta dan sekiranya mereka keluarkan perbelanjaan berlipat kali ganda supaya orang mempercayai fakta ini, mereka tetap tidak menerimanya....iaitu bahawa bulan dahulunya pernah terbelah. Ia bercantum kembali dan kesan-kesannya ada di permukaan bulan sehingga ke bahagian dalamnya.


Kata David Pidcock: "mendengar penerangan angkasawan tersebut, saya melompat dari kerusi tempat duduk dan kembali mencapai naskhah Al Quran terjemahan dan saya membaca kembali secara bersungguh-sungguh... ayat-ayat pembukaan dari surah Al Qamar benar-benar membuatkan saya pasrah.."


Biarpun ada ilmuan Islam yang enggan menerima hakikat ini, Allah itu Maha Kuasa. Dia menghantar saintis non muslim dan negaranya menghabiskan perbelanjaan yang amat besar ( orang Islam boleh berjimat ) untuk membuktikan kebenaran fakta dari Al Quran dan hadis tanpa mereka sendiri menyedarinya.


Maklumat ini dikongsikan oleh Dr. Zaghlul An Najjar ( saintis bidang arkeologi Mesir ) di dalam bukunya I'jaz Ilmi Fi Sunnah Al Nabawiyah - Edisi terjemahan Melayu: Keajaiban Sains Dalam Hadis.


Saturday, September 25, 2010

Dokumen Tamadun Islam Dalam Bidang Sains






















Kategori: Katalog
Dikeluarkan oleh: Akademi Sains Malaysia
Bahasa: Melayu, Inggeris Dan Arab
Harga: RM40
Halaman: 118
Cetakan kertas mewah
Cetakan Pertama: 2006
Tidak dijual di mana-mana kedai buku ( boleh didapati dari Akademi Sains Malaysia 902-4 Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur).




Ulasan Buku











Klik pada imej buku untuk BESARKAN

Jilid 1 dan 2
akan diulas...insyaAllah

Thursday, September 23, 2010

Kawasan Sekitar Laut Mati Adalah Kawasan Paling Rendah Di Dunia - Surah Ar Rum Ayat 1 Hingga 5


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

الٓمٓ (١) غُلِبَتِ ٱلرُّومُ (٢) فِىٓ أَدۡنَى ٱلۡأَرۡضِ وَهُم مِّنۢ بَعۡدِ غَلَبِهِمۡ سَيَغۡلِبُونَ (٣) فِى بِضۡعِ سِنِينَ‌ۗ لِلَّهِ ٱلۡأَمۡرُ مِن قَبۡلُ وَمِنۢ بَعۡدُ‌ۚ وَيَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَفۡرَحُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (٤) بِنَصۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ يَنصُرُ مَن يَشَآءُ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ (٥) وَعۡدَ ٱللَّهِ‌ۖ لَا يُخۡلِفُ ٱللَّهُ وَعۡدَهُ ۥ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ


Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Alif, Laam, Miim. (1) Orang-orang Rom telah dikalahkan; (2) Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya; (3) Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira; (4) Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (5) Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)








Al-Baḥr al-Mayyit


Sebab sebab turunnya ayat ini:

Sempena peperangan yang berlaku antara Parsi Sasanik dan Rom Byzantium di Syria- Palestin berdekatan dengan Laut Mati pada tahun 619 M.



1. Parsi Sasanik penyembah berhala/api. Rom Byzantium adalah golongan Ahli Kitab. Dengan kekalahan Rom Byzantium, orang-orang Islam merasa sedih.


2. Al Quran menenangkan umat Islam bahawa Rom Byzantium akan meraih kemenangan dalam peperangan akan datang.


3. 7 tahun tahun kemudian peperangan ke-2 berlaku antara Rom Byzantium dan Parsi Sasanik pada tahun 626 M, bangsa Rom meraih kemenangan.


4. Ekoran dengan kemenangan Rom ini juga, umat Islam meraih kemenangan dalam Perang Badar Al Kubra dalam menentang musyrikin Quraisy.


5. Peperangan berlaku antara Rom dan Parsi adalah di Adnal Ardh ( kawasan paling dekat /paling rendah )


6. Dalam aspek bahasa Arab perkataan 'Adna' membawa maksud paling dekat dan paling rendah.


7. Daerah Laut Mati adalah permukaan bumi yang paling rendah kerana ia berada pada titik 392 meter di bawah permukaan laut. Angka ini mengikut catatan satelit ia adalah angka titik terendah di daratan bumi.



Dialog antara Syeikh Zindani dan Prof. Palma Tentang Kawasan Terendah Di Dunia:


Syeikh Zindani:

Kami mempunyai satu ungkapan dalam Al Quran. Ada ayat al Quran menyebut bahawa satu daerah di mana berlakunya peperangan antara Rom dan Parsi adalah merupakan satu tempat yang terendah di dunia iaitu satu daerah perbukitan di Laut Mati.



Prof. Palma:

Oh tidak!...ia bukan daerah yang paling rendah. Ada sejumlah daerah dataran yang rendah di Belanda yang berada di bawah paras laut.



Syeikh Zindani:

Saya yakin apa yang saya katakan. Pusingkan globe anda yang mempunyai petunjuk dataran tinggi dan dataran rendah itu.



Prof. Palma:

(memusingkan glob dan mengarahkan jarum petunjuk ke kawasan Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya. jarum panjang penunjuk berpusing dan ketinggian wilayah muncul di kawasan ini dengan jelas: kawasan terendah di dunia)

oh! benar apa yang saudara katakan...Baitul maqdis dan kawasan sekitarnya adalah kawasan terendah di dunia..


(Ensaiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al Quran Dan Al Sunnah: 172 Al Hidayah Publications. 2009)




Monday, September 20, 2010

TEORI PUTARAN - Hukum Alam Semesta

Berbagai bentuk putaran yang terjadi di alam ini di antaranya:

Planet planet berputar mengelilingi bintang-bintangnya
Bintang-bintang beredar pada garis lintasannya
Bumi berputar mengelilingi matahari sekali dalam setahun

Bulan berputar mengelilingi bumi sekali dalam sebulan hingga sampai bulan Zulhijjah. Waktu ini orang Islam berduyung-duyung ke Mekah menunaikan haji dan bertawaf (melakukan aktiviti putaran) di sekeliling kaabah. Tawaf di kaabah adalah isyarat dan simbolik adanya fenomena alam semesta yang sedang berlaku kerana taat pada penciptanya.

Tawaf, ia dilakukan dengan 7 keliling melawan arus jarum jam bermula di Hajarul Aswad. Begitu juga elektron yang ada pada setiap atom yang berputar mengelilingi atom pada 7 orbit.

Semuanya berputar mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan olehNya. Oleh itu dapatlah difahami firman Allah Taala:


"dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya berputar di tempat putaran masing-masing" ( Al Anbiya':33).












Sunday, September 19, 2010

Kedudukan Ulum Al Kauniyyat ( Ilmu Alam Semesta )













Kata Imam Ali Jauhari di dalam kitab Tafsirnya - TAFSIR AL JAWAHIR (Sebuah kitab Tafsir Al Quran yang mencantumkan antara ilmu Al Quran dan sains moden):


"Mengapa para ulama Islam mengarang berpuluh puluh ribu kitab mengenai ilmu fiqh sedangkan ilmu fiqh dalam al Quran hanya terdapat beberapa ayat yang bilangannya tidak melebihi 150 ayat. Ayat yang membicarakan ilmu kainat mencapai 750 ayat. Adakah harus pada akal mahupun syara', umat Islam mahir dalam ilmu yang mana ayatnya sedikit dan jahil dalam ilmu yang mana ayat yang membicarakannya lebih banyak. Jadilah umat yang mahir dalam ilmu al kainat untuk mengangkat martabat umat..." (25: 55-56)


Wednesday, September 8, 2010

Tarikh Hari Raya Puasa 10 Sept 2010 = 1 Syawal 1431 H

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010," katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

Pada tahun ini kita berpuasa genap 30 hari.