بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الٓمٓ (١) غُلِبَتِ ٱلرُّومُ (٢) فِىٓ أَدۡنَى ٱلۡأَرۡضِ وَهُم مِّنۢ بَعۡدِ غَلَبِهِمۡ سَيَغۡلِبُونَ (٣) فِى بِضۡعِ سِنِينَۗ لِلَّهِ ٱلۡأَمۡرُ مِن قَبۡلُ وَمِنۢ بَعۡدُۚ وَيَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَفۡرَحُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (٤) بِنَصۡرِ ٱللَّهِۚ يَنصُرُ مَن يَشَآءُۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ (٥) وَعۡدَ ٱللَّهِۖ لَا يُخۡلِفُ ٱللَّهُ وَعۡدَهُ ۥ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ
Alif, Laam, Miim. (1) Orang-orang Rom telah dikalahkan; (2) Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya; (3) Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira; (4) Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (5) Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)
Al-Baḥr al-Mayyit
Sebab sebab turunnya ayat ini:
Sempena peperangan yang berlaku antara Parsi Sasanik dan Rom Byzantium di Syria- Palestin berdekatan dengan Laut Mati pada tahun 619 M.
1. Parsi Sasanik penyembah berhala/api. Rom Byzantium adalah golongan Ahli Kitab. Dengan kekalahan Rom Byzantium, orang-orang Islam merasa sedih.
2. Al Quran menenangkan umat Islam bahawa Rom Byzantium akan meraih kemenangan dalam peperangan akan datang.
3. 7 tahun tahun kemudian peperangan ke-2 berlaku antara Rom Byzantium dan Parsi Sasanik pada tahun 626 M, bangsa Rom meraih kemenangan.
4. Ekoran dengan kemenangan Rom ini juga, umat Islam meraih kemenangan dalam Perang Badar Al Kubra dalam menentang musyrikin Quraisy.
5. Peperangan berlaku antara Rom dan Parsi adalah di Adnal Ardh ( kawasan paling dekat /paling rendah )
6. Dalam aspek bahasa Arab perkataan 'Adna' membawa maksud paling dekat dan paling rendah.
7. Daerah Laut Mati adalah permukaan bumi yang paling rendah kerana ia berada pada titik 392 meter di bawah permukaan laut. Angka ini mengikut catatan satelit ia adalah angka titik terendah di daratan bumi.
Dialog antara Syeikh Zindani dan Prof. Palma Tentang Kawasan Terendah Di Dunia:
Syeikh Zindani:
Kami mempunyai satu ungkapan dalam Al Quran. Ada ayat al Quran menyebut bahawa satu daerah di mana berlakunya peperangan antara Rom dan Parsi adalah merupakan satu tempat yang terendah di dunia iaitu satu daerah perbukitan di Laut Mati.
Prof. Palma:
Oh tidak!...ia bukan daerah yang paling rendah. Ada sejumlah daerah dataran yang rendah di Belanda yang berada di bawah paras laut.
Syeikh Zindani:
Saya yakin apa yang saya katakan. Pusingkan globe anda yang mempunyai petunjuk dataran tinggi dan dataran rendah itu.
Prof. Palma:
(memusingkan glob dan mengarahkan jarum petunjuk ke kawasan Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya. jarum panjang penunjuk berpusing dan ketinggian wilayah muncul di kawasan ini dengan jelas: kawasan terendah di dunia)
oh! benar apa yang saudara katakan...Baitul maqdis dan kawasan sekitarnya adalah kawasan terendah di dunia..
(Ensaiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al Quran Dan Al Sunnah: 172 Al Hidayah Publications. 2009)
No comments:
Post a Comment