Friday, October 1, 2010

Fenomena Bulan Terbelah Dan Fobia Maklumat Islam

























1. Pembukaan surah Al Qamar
2. Gambaran terbelahnya bulan
3. Dr. Zaghlul An Najjar
4. Permukaan bulan - Gambar NASA


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1. telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.


2. dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.


3. dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).


4. dan sesungguhnya! telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu).


5. (yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; Dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar).


( Surah Al Qamar: 1-5 )


"Penduduk Mekah pernah meminta Rasulullah صلي الله عليه وسلم agar memperlihatkan suatu tanda kenabian Baginda kepada mereka. (Dengan mukjizat) Baginda memperlihatkan kepada mereka bulan terbelah dua sehingga mereka dapat melihat Gua Hira' di celah-celah kedua belahan bulan tersebut"

( Riwayat al Bukhari dalam kitab Al Maghazi)


Hadis ini sahih dari segi sanad dan matannya kerana termaktub dalam Sahih Al Bukhari, sebuah kitab yang paling sahih di atas muka bumi ini selepas Al Quran.


Namun demikian, ada tokoh ternama Islam cuba menolak hakikat ini dan menganggap ia tidak sesuai dibicarakan di zaman sains dan teknologi ini. Mungkin kerana malu ( malu tak bertempat ) atau fobia maklumat yang tak mampu dihuraikan...wallahu a'lam


Dr. Zaghlul An Najjar ketika menyampaikan ceramahnya di satu seminar di Fakulti Perubatan Universiti Cardiff di Wals ketika menjawab beberapa pertanyaan dari peserta, bangun seorang warga Inggeris Muslim untuk berkongsi pendapat.


Beliau memperkenalkan dirinya sebagai David M.Pidcock yang sedang memimpin sebuah organisasi Islam. Beliau menyatakan ayat diawal surah Al Qamar lah yang menyebabkan keislamannya pada akhir 1970an. Beliau sedang membuat kajian terhadap agama-agama di dunia dan salah seorang sahabatnya menghadiahkan senaskhah al Quran terjemahan kepadanya. Ketika membelek helaian helaian naskhah itu beliau tertarik dengan surah Al Qamar. Oleh kerana beliau tidak percaya bahawa bulan pernah terbelah, beliau menutup buku terjemahan itu dan meninggalkannya begitu sahaja.


Ketika menonton satu siaran BBC mengenai perjalanan luar angkasa pada tahun 1978, seorang penyiar Inggeris - James Burke - menjemput tiga orang angkasawan Amerika. Dalam siaran tersebut mereka dikritik tentang besarnya perbelanjaan yang dikeluarkan iaitu sekitar 100 juta Dolar terpaksa dihabiskan untuk mendaratkan angkasawan di bulan. Ia disifatkan sebagai satu pemborosan.


Para angkasawan memberi jawapan bahawa perjalanan tersebut amat berguna untuk tujuan diagnosis, medik, industri, pertanian dan lain-lain. Mereka juga menyatakan bahawa perjalanan tersebut juga membuktikan satu lagi fakta dan sekiranya mereka keluarkan perbelanjaan berlipat kali ganda supaya orang mempercayai fakta ini, mereka tetap tidak menerimanya....iaitu bahawa bulan dahulunya pernah terbelah. Ia bercantum kembali dan kesan-kesannya ada di permukaan bulan sehingga ke bahagian dalamnya.


Kata David Pidcock: "mendengar penerangan angkasawan tersebut, saya melompat dari kerusi tempat duduk dan kembali mencapai naskhah Al Quran terjemahan dan saya membaca kembali secara bersungguh-sungguh... ayat-ayat pembukaan dari surah Al Qamar benar-benar membuatkan saya pasrah.."


Biarpun ada ilmuan Islam yang enggan menerima hakikat ini, Allah itu Maha Kuasa. Dia menghantar saintis non muslim dan negaranya menghabiskan perbelanjaan yang amat besar ( orang Islam boleh berjimat ) untuk membuktikan kebenaran fakta dari Al Quran dan hadis tanpa mereka sendiri menyedarinya.


Maklumat ini dikongsikan oleh Dr. Zaghlul An Najjar ( saintis bidang arkeologi Mesir ) di dalam bukunya I'jaz Ilmi Fi Sunnah Al Nabawiyah - Edisi terjemahan Melayu: Keajaiban Sains Dalam Hadis.


No comments:

Post a Comment