Wednesday, September 8, 2010

Rumusan Kiraan Falak Hilal Syawal 1431 H

Tarikh lihat hilal = Rabu 8 Sept 2010 (29 Ramadhan 1431). Ijtima' bulan dan matahari jam 6.30 ptg. Matahari terbenam jam 7.25, bulan terbenam jam 7.13. Tinggi hilal -3° 20 min ( tak cukup syarat). Jarak lengkung bulan dan matahari 5° 7 min ( tak cukup syarat). Umur hilal 44 min (tak cukup syarat) = hilal (anak bulan) tidak wujud di atas ufuk.

Nampaknya mengikut kiraan Falak, kita berhariraya pd 10 Sept 2010 (Jumaat) = 1 Syawal 1431H...insyaAllah.


* Berdasarkan lokasi cerapan di Tanjung Cincin, Langkawi iaitu lokasi paling barat.














































Thursday, September 2, 2010

Majlis Makan Malam Cerapan Planet





















Dr. Kasim Bahali
Ketua Bahagian Falak
Kompleks Al Khawarizmi
Tanjung Bidara Melaka


Saturday, August 28, 2010

Siri 8: Kaedah Al Battani Dalam Menentukan Arah Kiblat Dengan Menggunakan Rubu' Mujayyab


Kata Al Battani ( 858 M – 929 M ):

اما أن يكون طول بلدك اكثر من طولها وعرضه اقل من عرض مكة فالسمت غرب شمالي

Maksudnya:


"Dan sekiranya garis bujur negeri anda lebih besar dari garis bujur Mekah dan garis lintang lebih kecil dari garis lintang kota Mekah, maka sudut kiblat ialah mengarah ke barat bahagian utara"
( Jawahir Al Naqiyyah Fil A'mal Al Jaibiyah - Syeikh Ahmad Abdul Latif )

Contoh:

Latitut Mekah: 21° 26´ 00˝
Longitud Mekah: 39° 49´ 00˝

Latitut Tempatan: 3° 6´ U
Longitud Tempatan: 101° 43´T

21° 26´ 00˝
- 3° 6´
= 18° 20´

101° 43´
-39° 49´
= 61° 54´

Perbezaan Latitud: = 18° 20´

Perbezaan Longitud: = 61° 54´
























Arah Kiblat bagi kawasan yang berlatitud Tempatan: 3° 6´ U
dan Longitud Tempatan: 101° 43´T ialah: 32.5°


Arah kiblat = 32.5° = 302°



Arah kiblat = 302° ( dari arah utara hakiki ikut pusingan jam ).

Add caption



UNIT RUBU' MUJAYYAB









Di antara unit unit Rubu' Mujayyab terpenting adalah:

1. Qaus
2. Markaz
3. Garisan Sittini
4. Jaibuttamam
5. Tajyib Ula dan Tajyib Thani
6. Khayt dan Muri
7. Hadafah
8. Shaqul
9. Unit-unit lain

Saturday, July 10, 2010

Siri 7: RUBU' MUJAYYAB


RUBU' MUJAYYAB adalah sejenis alat tradisional falak yang berbentuk suku bulatan. Ia adalah alat yang digunakan untuk mengetahui waktu, menentukan waktu solat, mengetahui buruj-buruj, mengukur arah kiblat, mengetahui ketinggian serta kedalaman sesuatu objek, menghitung trigonometri dan mengukur sudut. Ia adalah salah satu peninggalan agung dari ilmuan falak terdahulu dan merupakan salah satu dari benda ajaib di dunia ini. Boleh dikatakan ia merupakan sebuah komputer analog.

Rubu' Mujayyab telah dicipta oleh seorang ahli falak Syria pada kurun ke 14 bernama Ibn Asy-Syatir. Ia disifatkan sebagai peralatan yang mengandungi grid trigonometri sejagat.

Friday, March 26, 2010

Praktikal Di KUIS 13 Mac 2010: Pengukuran - Alatan: Theodolite
























































Siri 6: Cerapan Angkasa Dan Hubungannya Dengan Ibadat Penduduk Bumi




Mungkin seringkali juga kita mendengar ayat seperti ini: Apa guna duk teropong langit malam-malam? Apa yang dapat?

Ini adalah sebahagian pertanyaan yang sering diungkap berulang-ulang kali. Mungkin bagi setengah orang cerapan angkasa atau langit malam dilihat sebagai hanya satu hobi dan tidak lebih dari itu. Namun begitu, dalam Islam ia ada pengertiannya sendiri yang sering dikaitkan dengan kehidupan kita di bumi ini. Ia amat berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh ahli-ahli astronomi barat yang banyak menjurus kepada hanya semata-mata hobi dan memenuhi masa lapang kecuali ahli-ahli astronomi yang serius sahaja.

Aktiviti yang dilakukan ahli falak mempunyai matlamat-matlamatnya yang tersendiri di antaranya:

1. Mengenal pencipta dan kebesaran Yang Maha Kuasa

Apa-apa yang didengar adalah berbeza dengan apa-apa yang kita mampu lihat dengan pancaindera. Seperti apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim alaihissalam yang memerhatikan ciptaan Allah Taala di alam cakerawala. Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan Kami yang terdapat di LANGIT dan di BUMI, dan Kami memperlihatkannya agar Ibrahim itu termasuk dalam kalangan orang-orang yang YAKIN” 6:75


2. Pelaksanaan ibadat kita sehari-hari ada kaitan yang rapat dengan fenomena alam cakerawala seperti pergerakan bulan, bumi dan matahari. Ini adalah disebabkan pelaksanaan ibadat ada batas masanya yang tertentu. Setiap ibadat fardu seperti solat, zakat, puasa dan haji mempunyai batas masa yang tertentu yang telah ditetapkan. Tempuh masa adalah bergantung kepada bergerakan bumi, matahari dan bulan.


3. Untuk kegunaan ibadat dan kegunaan harian.

Bintang-bintang dilangit boleh digunakan sebagai pemandu arah. Ia digunakan secara tradisional oleh nelayan-nelayan laut dalam yang berbulan-bulan berada di lautan untuk kembali ke persisiran pantai. Dalam ibadat pula ada bintang bintang yang boleh dijadikan panduan arah kiblat iaitu Nilam, Nitaq dan Mintaka yang berada dalam Buruj Belantik ( Orian ). Untuk melihatnya, ia tidak memerlukan teropong, cukup dengan kemahiran penglihatan mata biasa sahaja.


4. Untuk membuat takwim atau calendar.

Takwim islam berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi bumi. Kaedah ini ada disebut dalam Al Quran surah Yunus ayat 5.

“Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkanya manzilah-manzilah bagi perjalanan bulan itu supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan waktu”


5. Untuk mengetahui pasang surut air.

Ia sangat penting terutama bagi nelayan dan ahli pelayaran. Orang pertama yang menerangkan pasang surut air ini ialah Abul Ma’syar ( 787-886M ).

Hasil kajian ini direkodkan dan disimpan sebagai data data astronomi yang dikenali sebagai Zij.

Thursday, January 14, 2010

Besok(Jumaat): Gerhana Matahari Cincin

Besok(Jumaat): Gerhana Matahari Cincin •Tarikh : 15 Januari 2010 •Waktu mula : 02.45 petang •Waktu tamat : 05.37 petang •Lokasi : Seluruh Malaysia •Cara cerapan : Menggunakan penapis(filter)

1. Gerhana ini berlaku apabila bulan berada di antara bumi dan matahari dalam satu garisan.

2. Oleh kerana saiz ketara bulan kecil sedikit berbanding matahari menyebabkan sebahagian kecil permukaan matahari akan kelihatan di sekeliling cakera bulan seperti sebentuk cincin atau gelang dengancahaya yang terang.

3. Laluan gerhana ini bermula dari Uganda menuju ke Nairobi kemudian memasuki lautan Hindi kemudian Maldives, selatan India, Sri Lanka dan berakhir di sempadan Mynmar-China...

Lihat Google Map:
http://eclipse.gsfc.nasa.gov/SEgoogle/SEgoogle2001/SE2010Jan15Agoogle.html

4. Gerhana ini dapat dilihat di Malaysia tetapi dengan fasa gerhana separa, sebahagian permukaan Matahari akan kelihatan gelap sehingga 38% kerana ditutupi bulan.

5. Di Kuala Lumpur gerhana ini bermula pada jam 3.01 petang apabila bulan mula menyentuh cakera matahari.

6. Fasa maksimum pada jam 4.26 petang dengan 28.5% permukaan matahari ditutupi bulan.

7. Gerhana berakhir apabila sentuhan terakhir bulan pada 5.37 petang dan setelah itu matahari kembali normal.


Friday, January 8, 2010

Hukum Gerhana

Hakikat gerhana adalah seperti berikut:

1. Gerhana tidak berlaku setiap bulan.
2. Gerhana bulan hanya akan berlaku pada waktu bulan purnama.
3. Gerhana suria akan berlaku pada waktu ijtimak bulan, bumi dan matahari.
4. Paling kurang, berlaku dua gerhana suria setiap tahun.
5. Gerhana suria berlaku tidak lebih dari 3 kali setiap tahun.
6. Jumlah maksima gerhana suria dan gerhana bulan dalam satu tahun ialah tujuh sahaja.
7. Gerhana sering berlaku berpasangan atau bertiga: suria-bulan-suria.
8. Gerhana bulan selalu didahului atau diikuti dengan gerhana suria ( 2 minggu antaranya ).

Wednesday, January 6, 2010

Fenomena Akan Datang: Gerhana Matahari Cincin Pada 15 Januari 2010

Gerhana Matahari Cincin

•Tarikh : 15 Januari 2010
•Waktu mula : 01.13 petang
•Waktu tamat : 04.59 petang
•Lokasi : Seluruh Malaysia
•Cara cerapan : Menggunakan penapis(filter)

Fenomena Gerhana Bulan Separa Pada 1 Januari 2010



Gerhana bulan separa


•Tarikh : 1 Januari 2010
•Waktu mula : 02.54 pagi
•Waktu tamat : 03.52 pagi
•Lokasi : Seluruh Malaysia
•Cara cerapan : Mata kasar, binokular atau teleskop