Besok(Jumaat): Gerhana Matahari Cincin •Tarikh : 15 Januari 2010 •Waktu mula : 02.45 petang •Waktu tamat : 05.37 petang •Lokasi : Seluruh Malaysia •Cara cerapan : Menggunakan penapis(filter)
1. Gerhana ini berlaku apabila bulan berada di antara bumi dan matahari dalam satu garisan.2. Oleh kerana saiz ketara bulan kecil sedikit berbanding matahari menyebabkan sebahagian kecil permukaan matahari akan kelihatan di sekeliling cakera bulan seperti sebentuk cincin atau gelang dengancahaya yang terang.
3. Laluan gerhana ini bermula dari Uganda menuju ke Nairobi kemudian memasuki lautan Hindi kemudian Maldives, selatan India, Sri Lanka dan berakhir di sempadan Mynmar-China...
Lihat Google Map:
http://eclipse.gsfc.nasa.g
4. Gerhana ini dapat dilihat di Malaysia tetapi dengan fasa gerhana separa, sebahagian permukaan Matahari akan kelihatan gelap sehingga 38% kerana ditutupi bulan.
5. Di Kuala Lumpur gerhana ini bermula pada jam 3.01 petang apabila bulan mula menyentuh cakera matahari.
6. Fasa maksimum pada jam 4.26 petang dengan 28.5% permukaan matahari ditutupi bulan.
7. Gerhana berakhir apabila sentuhan terakhir bulan pada 5.37 petang dan setelah itu matahari kembali normal.
No comments:
Post a Comment