Tahun biasa mengandungi 365 hari dalam setahun sementara tahun lompat pula mengandungi 366 hari dengan ditambah 1 hari pada akhir bulan Februari.
Taqwim hari ini berasaskan kepada pergerakan bumi mengelilingi matahari. Satu pusingan lengkap bumi mengelilingi matahari disebut sebagai satu tahun suria.
Kalendar yang digunakan kebanyakan negara pada hari ini adalah calendar Gregorian iaitu mengambil sempena nama Pope Gregory (1502-1585).Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuat pembetulan terhadap kesilapan dalam Taqwim Julian.
Kenapa Wujudnya Tahun Lompat?
Kewujudan tahun lompat adalah bertujuan memperbetulkan masa. Bumi mengelilingi matahari dalam 365 hari setahun, namun ia bukan betul-betul tepat dengan angka tersebut Tempoh bumi mengelilingi matahari adalah sekitar 365.25 hari. Ini bermakna terdapat perbezaan di antara 1 tahun mengikut Taqwim Gregory dengan 1 tahun suria sebanyak ¼ hari.
Kewujudan tahun lompat adalah bertujuan memperbetulkan masa. Bumi mengelilingi matahari dalam 365 hari setahun, namun ia bukan betul-betul tepat dengan angka tersebut Tempoh bumi mengelilingi matahari adalah sekitar 365.25 hari. Ini bermakna terdapat perbezaan di antara 1 tahun mengikut Taqwim Gregory dengan 1 tahun suria sebanyak ¼ hari.
29 Februari adalah hari yang ke-60 dalam tahun lompat. Hanya ada 306 hari sebelum memasuki tahun seterusnya. Tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Tarikh ini berlaku hanya 4 tahun sekali dan berlaku dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagi dengan empat tanpa ada berbaki seperti 1992, 1996, 2004 melainkan tahun-tahun abad.
Kaedah Mengetahui Tahun Lompat
Tahun abad adalah tahun yang berakhir dua angka sifar seperti 1700, 1800, 1900, 2000 dan lain-lain tidak dikira sebagai tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa ada baki. Ini bermakna tahun 2000, 2400, 2800, adalah tahun lompat akan tetapi 1800, 1900, 2100, 2200 2300 bukanlah tahun lompat.
Contoh 1:
Tahun:
2012 ÷ 4 = 503
2016 ÷ 4 = 504
2020 ÷ 4 = 505
Penjelasan: Setelah 2012, 2016 dan 2020 di bahagi dengan 4, hasilnya adalah nombor bulat yang tidak berbaki iaitu tiada sebarang titik perpuluhan (503, 504 dan 505). Jadi tahun 2012, 2016 dan 2020 adalah tahun lompat.
Contoh 2:
Tahun:
1999 ÷ 4 = 499.752001 ÷ 4 = 500.25
2010 ÷ 4 = 502.5
Penjelasan: Setelah 1999, 2001 dan 2010 dibahagi dengan 4, hasilnya adalah nombor pecahan iaitu terdapat baki . Jadi tahun 1999, 2001 dan 2010 adalah bukan tahun lompat.
Manakala bagi tahun abad seperti 1700, 1800, 1900 dan 2000 jika boleh dibahagi 400 ia adalah tahun lompat.
Contoh tahun:
1700 dibahagi 400 mempunyai baki ( 4.25 ), ini bukan tahun lompat.
Tahun 2000 boleh dibahagi 400 dan tiada baki ( 5 ), tahun 2000 adalah tahun lompat.
Tahun 2008 dan 2012 adalah tahun lompat
Tahun 2008 dan 2012 adalah tahun lompat
* Bagi bayi yang lahir pada 29 Februari 2012 yang lalu, mereka akan menyambut hari jadi 4 tahun sekali.
terima kasih untuk penjelasan.. :)
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeletetq..
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteKenapa tahun lompat jatuh pada bulan februari tidak pada bulan lain?
ReplyDeleteBaca dan fahami hal ini elok-elok.
DeleteTahun lompat bukan jatuh pada bulan Februari. Tahun lompat berlaku empat tahun sekali. (Baca rencana di atas itu semula).
Setiap tahun lompat, jumlah hari pada bulan Februari ditambah sehari (daripada 28 kepada 29 hari).
Tambahan sehari itu dilakukan pada bulan Februari sahaja kerana hanya Februari sahaja jumlah harinya kurang daripada 30 hari sebulan (iaitu 28 hari).
Bulan-bulan lain semuanya 30 atau 31 hari sebulan.
Sekian, mudah-mudahan penjelasan ini dapat difahami dan bermanfaat.