Beberapa dekad terakhir abad ke-20, ilmuan astronomi, falak dan astrofizik telah melakukan kajian terhadap kimiawi alam semesta. Hasil kajian menunjukkan bahawa unsur terbesar di alam semesta ini ialah gas Hidrogen. Pakar-pakar hairan tentang dari mana datangnya jumlah besi yang banyak yang mencapai 1/3 kandungan berat bumi.
Pakar-pakar Geologi menyatakan bahawa 30% struktur bumi adalah besi. Besi adalah mineral yang paling kukuh oleh itu ia boleh menjaga keseimbangan bumi. Besi berasal dari aneka komet dan asteroid yang jatuh dari angkasa ke permukaan bumi. Ada beribu-ribu meteor yang telah jatuh ke bumi dan banyak dijumpai di Australia dan Amerika. Berat seketul meteor berbanding batu biasa yang bersaiz sama besar adalah berbeza. Meteor lebih berat 2 atau 3 kali ganda dari batu biasa.
Hakikatnya besi bukanlah berasal dari dalam bumi tapi berasal dari objek-objek keras yang jatuh ke bumi. Tanpa besi bumi tidak akan memiliki medan magnet yang dapat menahan benda cair. Tanpa besi juga bumi tidak akan terdaya menahan kekuatan dan berat segala kehidupan yang ada di permukaannya. Perhatikan firman Allah Taala di dalam surah Al Hadid:
25. Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah menurunkan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan serta berbagai faedah bagi manusia. (dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Sebahagian ahli tafsir Al Quran lebih cenderung untuk memberi makna ( Kami menurunkan besi ) dengan maksud ( Kami menciptakan besi ). Sebahagian ahli tafsir yang lain pula berpandangan ia tidak perlu ditafsirkan begitu bahkan adalah lebih baik dan lebih murni ditafsirkan dengan maksud ( Kamilah yang menciptakan dan menurunkan besi dari langit... ) kerana sesuai dengan lafaz wa anzalnal hadid di dalam ayat tersebut. Dan...perhatikan pula Sabda Nabi صلي الله عليه وسلم :
ان الله انزل اربع بركات من السماء الي الارض الماء والملح والنار والحديد
“Allah menurunkan empat keberkatan dari langit ke bumi: Air, garam, api dan besi”
Meskipun hadis ini sanadnya dha'if (lemah) tapi ia mempunyai nilai ilmiah yang tinggi untuk diselidiki.
Kata Syeikh Zindani:
“Tahukah anda bahawa berat atom besi ialah 57 iaitu sama dengan urutan surah Al Hadid ( Besi ) yang juga 57. Jumlah atom besi ialah 26 iaitu sama dengan nombor ayat mengenai besi dalam surah al Hadid iaitu 26 (sekiranya dikira Basmallah sebagai salah satu ayatnya). Adakah ia terjadi secara kebetulan? Sudah tentu tidak…tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”
Bagi mereka yang kreatif dan ada kebolehan pula, sudah tentu tidak melepaskan peluang ini dengan menggunakannya sebagai saluran perniagaan. Dari seketul tahi bintang ia bertukar menjadi keychin, cincin, rantai, gelang dan lain-lain lagi yang akhirnya dijual di pasaran.......dan harganya pun sudah tentu sangat mahal.
Dato Jaafar Jamaludin pemilik Jejak Juta SDN BHD
aslamkum,lamanfalak.blog saya nak beli sikit meteorite buat cincin atau loket dimana penjual yg asli...?.. e-mail aloev165@gmail.com
ReplyDeleteaslamkum,lamanfalak.blog saya nak beli sikit meteorite buat cincin atau loket dimana penjual yg asli...?.. e-mail aloev165@gmail.com
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya ada seketul batu. Tapi ciri-ciri ada sebagaimana gambar, berat sebagai mateorite. Jika ada yang sudi utk mengesahkannya, e-mail saya. Rizarazu81@yahoo.com.my. terima kasih.
ReplyDelete