Friday, September 23, 2011

Siri 20: TIMUR Dan BARAT Cuma Satu...Tapi Kenapa Dirakam Dalam Al Quran Dengan Ganda Dua Dan Kata Jamak ( Plural )?


Matahari Syuruq


Matahari Ghurub


Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat kosmik yang boleh dimanfaatkan untuk  menjadi bukti kewujudan Tuhan yang Esa dan menggarapkan bukti ini dengan penjelasan saintifik, yang tidak dinafikan oleh akal yang sihat. Keduanya sebagai panduan kepada para penyelidik dan pengkaji falak dalam kajian mereka yang membawa mereka untuk memperbetulkan keputusan, kebenaran sejagat , memberi sumbangan kepada umat manusia, menerangi  jalan  dan mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. 


Proses matahari terbit dan terbenam setiap hari yang dialami oleh manusia di bumi ini adalah salah satu kebenaran sejagat melalui firmanNya:

"Dialah Tuhan Yang memiliki timur dan barat dan apa yang ada di antara keduanya"

(Al Syu’ara’ : 27)



“Aku bersumpah dengan nama Tuhan yang memiliki timur dan barat dan sesungguhnya Kami Maha Berkuasa”

(Al Ma’arij: 40)



“Maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang engkau dustakan? Dialah Tuhan yang memiliki dua timur dan dua barat

(Ar Rahman: 14)



Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! kerana (engkau wahai syaitan) adalah sejahat-jahat teman". 

( Al Zukhruf: 38 )


Tidak syak lagi bahawa sebutan timur dan barat dalam bentuk yang berbeza adalah pencetus keinginan untuk berfikir, mengkaji dan menjadi pemangkin kepada pengukuhan meditasi, ia seperti hidup dalam gaya bahasa al-Quran dan kehalusan maknanya. Asasnya, dalam pengertian ayat-ayat ini ia merujuk kebesaran Pencipta, dan yang Maha Kuasa adalah di mana matahari terbit dan matahari terbenam dengan kuasa, cahaya, dan petunjukNya.


Kedua dengan realiti rangkaian global yang mengandungi nilai ilmiah yang tinggi dalam memahami undang-undang alam semesta ini agar tidak tersasar daripada kebenaran kosmik sebagaimana firmanNya yang bermaksud: (Allah juga menunjukkan kamu, supaya kamu mendapat petunjuk ) -Al-Imran (103)



Dalam Surah As Syu’ara’ disebut timur dan barat dengan lafaz mufrad/singular ( المشرق والمغرب ), dan ini adalah hakikat yang kita lihat setiap hari. 


Kita melihat matahari bersinar di timur dan barat,  bumi berputar mengelilingi matahari tanpa henti di timur dan barat berturut-turut dari segi masa dan tempat dan berlaku berulangkali, ini adalah apa yang kita faham dengan ayat ini yang muncul dalam bentuk plural dalam Surah Ma'arij ( المشارق والمغارب


Tetapi persoalannya ialah: Apakah pemahaman yang betul  apabila perkataan ini muncul dalam bentuk  Al Muthanna (ganda dua) dalam surah Ar-Rahman ( رب المشرقين ورب المغربين  ) ?


Bagaimana pula kajian falak tentang perkara ini?


Bersambung.....

No comments:

Post a Comment