Saturday, September 24, 2011

Siri 22: Perselisihan Pendapat Tentang Peredaran Bumi Mengelilingi Matahari





Secara umumnya, teori yang mengatakan bahawa bulan mengelilingi bumi dan bumi mengelilingi matahari serta bulan dan bumi sama-sama mengelilingi matahari ialah teori yang diterima umum sampai ke saat sekarang ini.


Namun begitu ini tidak bermakna tiada bantahan dari yang lainnya. Golongan yang kedua ini menganggap bahawa bumi tidak bergerak bahkan mataharilah yang berputar mengelilingi bumi sebagaimana mata kita melihatnya. Di antara dalil-dalil mereka ialah:



Dan matahari beredar di orbitnya. Itulah ketetapan Allah yang Maha Mulia lagi Maha Mengetahui” (Yasin: 38 )

“Dan engkau lihat matahari apabila ia terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka dan apabila ia terbenam ia menghala ke kiri” ( Al Kahfi: 17 )

Teori yang mengatakan penggantian siang dan malam adalah terjadi disebabkan putaran bumi mengelilingi matahari adalah salah kerana menyalahi zahir al Quran

Al Quran menyatakan bahawa Allah membalikkan siang kepada malam dan malam kepada siang. Takwir dengan maksud tadwir ( memutarkan). Bagaimana boleh berlaku siang dan malam jika tidak dari matahari? Siang dan malam tidak terjadi kecuali dari matahari menunjukkan mataharilah yang berputar mengelilingi bumi.

Ketika matahari terbenam Nabi  صلي الله عليه وسلم berkata kepada Abu Zar: Tahukah kamu kemana matahari pergi? Jawab Abu Zar Allah dan RasulNya yang tahu. Jawab Nabi صلي الله عليه وسلم dia pergi dan sujud di atas Arasy” Ini adalah dalil bahawa mataharilah yang bergerak dan berputar mengelilingi bumi.


No comments:

Post a Comment