Saturday, October 30, 2010

Matahari Dan Bulan Beredar Menurut Perhitungannya












Firman Allah Taala:

ßرJs)ø9$#ur §ôJ¤±9$# ãy 5b$t7ó¡çt¿2 ÇÎÈ


5. matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu

( Al Qamar: 5 )


Ada sudut lain yang ditunjukkan oleh ayat Al Quran ini iaitu:


Matahari dan bulan mempunyai mekanisme yang tepat dan terukur dari segi kepanasan suhu, jumlah dan jarak.



1. Jika ukuran matahari lebih besar dari bumi atau jaraknya lebih dekat sedikit dengan bumi, sudah tentu kita semua akan terbakar.










2. Jika matahari lebih kecil sedikit dari bumi atau lebih jauh sedikit dari bumi, kita semua akan beku.










3. Sekiranya saiz bulan lebih besar dari bumi kita akan tenggelam dalam gelombang air laut.










4. Sekiranya bulan lebih kecil lagi dan lebih jauh dari bumi, laut akan hilang dan surut.

Siri 13: Cerapan Hilal ( Anak bulan ) Ramadhan Dan Syawal

Terdapat 4 kaedah untuk mengetahui bermulanya awal Ramadhan dan Syawal.


1. Hilal kelihatan

2. Laporan kenampakan hilal

3. Menggenapkan bulan sebelumnya 30 hari

4. Pengiraan falak

(Dalam proses penyiapan)



Siri 12: Penentuan Waktu Solat

Firman Allah Taala yang bermaksud:

130. oleh itu, bersabarlah engkau (Wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada waktu siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).

(Dalam proses penyiapan)

Siri 11: Penentuan Arah Kiblat Dengan Menggunakan Kaedah Kulminet Matahari

Arah kiblat yang tepat dapat dikesan dengan menggunakan kaedah kulminet matahari atau peristiwa Istiwa' Al A'zham. Ia adalah satu fenomena di mana matahari berada di titik zenith kaabah dan ia berlaku hanya 2 kali dalam setahun...

(Dalam proses penyiapan)

Siri 10: Penentuan Arah Kiblat Dengan Menggunakan Panduan Bintang

Firman Allah Taala:
ÇÊÏÈ tbrßtGöku ö Nèd Nôf¨Z9$$Î/ur ;M»yJ»n=tæur

dan Dialah yang mengadakan tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang pada waktu malam mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju



Peta Bintang
( Klik pada imej untuk besarkan )





Buruj bintang yang boleh dijadikan panduan ialah Buruj Orion

Di dalam buruj tersebut ada 3 bintang yang berderetan iaitu Nitaq, Nilam dan Mintaka
Buruj Orion berada di langit Malaysia pada waktu Subuh pada bulan Julai
Ia kelihatan tinggi di langit pada waktu malam pada bulan Disember
Pada bulan Mac dan bulan2 yang berhampiran dengannya ia berada di tengah langit pada waktu maghrib 



Buruj Orion ( Buruj Belantik )




Info Jatuhnya Objek Objek Dari Langit Telah DiRakam Al Quran








17. atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

( Al Mulk: 17 )


Sekitar tahun 80 an, Tim Gehryl menemui sekitar 15 buah asteroid yang memiliki ukuran yang cukup merbahaya kepada bumi. Pada tahun 1994 sekurang-kurangnya 100 asteroid melintasi orbit bumi. Maklumat dari NASA pula menunjukkan antara 1000 hingga 4000 asteroid dan komet yang bergerak bersilang dengan garis orbit bumi. Jika batu batu besar itu jatuh ke bumi, umat manusia akan hancur dan memusnahkan seluruh kehidupan di bumi.

Sunday, October 17, 2010

Siri 9: Penentuan Arah Kiblat Dengan Trigonometri Sfera






Lokasi: Jasin, Melaka





Mukim
Keluasan
6,746 hektar
3,923 hektar
2,084 hektar
Chabau(Asahan)
3,897 hektar
3,329 hektar
789 hektar
Jasin
5,477 hektar
1,048 hektar
4,414 hektar
4,674 hektar
8,067 hektar
4,208 hektar
2,865 hektar
6,100 hektar
530 hektar
2,525 hektar
2,606 hektar
2,948 hektar
259 hektar
1,307 hektar
Keluasan Daerah Jasin
67,696 hektar





























Kaedah pengiraan Trigonometri Sfera untuk mencari arah kiblat bagi kawasan Jasin Melaka.

Latitud Jasin Ǿt : 2° 23' 00"

Longitud Jasin ˄t : 101° 59' 00"

Latitud Mekah Ǿ: 21° 25' 15.6"

Longitud Mekah ˄ : 39° 49' 29.1"


* Latitud dan Longitud Kaabah adalah tetap
* Latitud dan Longitud tempatan ( contoh Jasin ) boleh didapati di Jabatan Ukur dan Pemetaan atau lama web JAKIM.

ATAU

sekiranya anda menggunakan handphone yang mempunyai ciri GPS seperti Nokia E5, anda dapat melihat terus Garis Lintang dan Garis Bujur di lokasi anda berada.










      Nokia E5


Tekan pada:  

1. Menu
2. Maps
3. My Position
4. Show detail



Keperluan: Saintifik Kalkulator











Formula:

Tan a = sin ( ˄t - ˄ᵐ )
________________________
Tan Ǿᵐ Cos Ǿt - Sin Ǿt Cos ( ˄t - ˄ᵐ )



Sin (101° 59' 00" - 39° 49' 29.1")
= 0° 53' 3.28"

Tan 21° 25' 15.6" Cos 2° 23' 00"
= 0° 23' 31.13"

Sin 2° 23' 00" Cos ( 101° 59' 00" - 39° 49' 29.1")
= 0° 1' 9.92"

0° 23' 31.13 - 0° 1' 9.92
= 0° 22' 21.21"

0° 53' 3.28" ÷ 0° 22' 21.21"
= 2° 22' 24.38"
Tan-ˡ 2 22' 24.38"
= 67° 9' 10.33"

360° - 67° 9' 10.33"
= 292° 50' 49.6"

Azimut kiblat daerah Jasin = 292° 50' 49.6" (dari arah utara hakiki ).















Terima kasih kepada Nasirudin al-Tusi pengasas Trigonometri.
Lahir di Iran 18 Februari 1201 ( 11 Jamadil Ula 597 H )
Meninggal: 26 Jun 1274 ( 18 Zulhijjah 672 H )
Umur 73 tahun









Saturday, October 16, 2010

Bintang Sirius ( Syi'ra ) Bintang Paling Terang Di Langit

Firman Allah Taala dalam surah An Najm ayat 49:


وانه هو رب الشعري

"Dialah pemilik bintang Syi'ra"

Imam Hafiz Jalaluddin Al Sayuti pula menyebut dalam kitab Tafsir Al Jalalain sebagai berikut:

وأنه هو رب الشعرى } هي كوكب خلف الجوزاء كانت تعبد في الجاهلية

"Dan Dialah pemilik bintang Syi'ra: iaitu bintang yang berada dibelakang jauza' dan pada zaman jahiliyah bintang ini dijadikan objek sembahan.








Tafsir Al Jalalain

Bintang Sirius adalah bintang ganda iaitu Sirius A dan Sirius B. Bintang Sirius ini beredar dalam bentuk bulat telur mengelilingi antara keduanya. Peredarannya mengambil masa 49.9 tahun di atas garis edar berbentuk busur.

فكان قاب قوسين او ادني


'Maka jadilah ia dekat dua hujung busur panah atau lebih dekat dari itu" (An Najm: 9 )

Kedudukan bintang mudah dikesan. Ia membetuli tiga bintang yang berderetan berada di dalam Buruj Orion atau Belantik yang digunakan untuk panduan arah kiblat di Malaysia iaitu Nitaq, Nilam dan Mintaka.








Mungkin kerana terangnya juga adalah salah satu faktor yang mendorong orang orang zaman jahiliyah menyembahnya... wallahu a'lam

Friday, October 1, 2010

Fenomena Bulan Terbelah Dan Fobia Maklumat Islam

























1. Pembukaan surah Al Qamar
2. Gambaran terbelahnya bulan
3. Dr. Zaghlul An Najjar
4. Permukaan bulan - Gambar NASA


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1. telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.


2. dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.


3. dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).


4. dan sesungguhnya! telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu).


5. (yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; Dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar).


( Surah Al Qamar: 1-5 )


"Penduduk Mekah pernah meminta Rasulullah صلي الله عليه وسلم agar memperlihatkan suatu tanda kenabian Baginda kepada mereka. (Dengan mukjizat) Baginda memperlihatkan kepada mereka bulan terbelah dua sehingga mereka dapat melihat Gua Hira' di celah-celah kedua belahan bulan tersebut"

( Riwayat al Bukhari dalam kitab Al Maghazi)


Hadis ini sahih dari segi sanad dan matannya kerana termaktub dalam Sahih Al Bukhari, sebuah kitab yang paling sahih di atas muka bumi ini selepas Al Quran.


Namun demikian, ada tokoh ternama Islam cuba menolak hakikat ini dan menganggap ia tidak sesuai dibicarakan di zaman sains dan teknologi ini. Mungkin kerana malu ( malu tak bertempat ) atau fobia maklumat yang tak mampu dihuraikan...wallahu a'lam


Dr. Zaghlul An Najjar ketika menyampaikan ceramahnya di satu seminar di Fakulti Perubatan Universiti Cardiff di Wals ketika menjawab beberapa pertanyaan dari peserta, bangun seorang warga Inggeris Muslim untuk berkongsi pendapat.


Beliau memperkenalkan dirinya sebagai David M.Pidcock yang sedang memimpin sebuah organisasi Islam. Beliau menyatakan ayat diawal surah Al Qamar lah yang menyebabkan keislamannya pada akhir 1970an. Beliau sedang membuat kajian terhadap agama-agama di dunia dan salah seorang sahabatnya menghadiahkan senaskhah al Quran terjemahan kepadanya. Ketika membelek helaian helaian naskhah itu beliau tertarik dengan surah Al Qamar. Oleh kerana beliau tidak percaya bahawa bulan pernah terbelah, beliau menutup buku terjemahan itu dan meninggalkannya begitu sahaja.


Ketika menonton satu siaran BBC mengenai perjalanan luar angkasa pada tahun 1978, seorang penyiar Inggeris - James Burke - menjemput tiga orang angkasawan Amerika. Dalam siaran tersebut mereka dikritik tentang besarnya perbelanjaan yang dikeluarkan iaitu sekitar 100 juta Dolar terpaksa dihabiskan untuk mendaratkan angkasawan di bulan. Ia disifatkan sebagai satu pemborosan.


Para angkasawan memberi jawapan bahawa perjalanan tersebut amat berguna untuk tujuan diagnosis, medik, industri, pertanian dan lain-lain. Mereka juga menyatakan bahawa perjalanan tersebut juga membuktikan satu lagi fakta dan sekiranya mereka keluarkan perbelanjaan berlipat kali ganda supaya orang mempercayai fakta ini, mereka tetap tidak menerimanya....iaitu bahawa bulan dahulunya pernah terbelah. Ia bercantum kembali dan kesan-kesannya ada di permukaan bulan sehingga ke bahagian dalamnya.


Kata David Pidcock: "mendengar penerangan angkasawan tersebut, saya melompat dari kerusi tempat duduk dan kembali mencapai naskhah Al Quran terjemahan dan saya membaca kembali secara bersungguh-sungguh... ayat-ayat pembukaan dari surah Al Qamar benar-benar membuatkan saya pasrah.."


Biarpun ada ilmuan Islam yang enggan menerima hakikat ini, Allah itu Maha Kuasa. Dia menghantar saintis non muslim dan negaranya menghabiskan perbelanjaan yang amat besar ( orang Islam boleh berjimat ) untuk membuktikan kebenaran fakta dari Al Quran dan hadis tanpa mereka sendiri menyedarinya.


Maklumat ini dikongsikan oleh Dr. Zaghlul An Najjar ( saintis bidang arkeologi Mesir ) di dalam bukunya I'jaz Ilmi Fi Sunnah Al Nabawiyah - Edisi terjemahan Melayu: Keajaiban Sains Dalam Hadis.