Saturday, September 25, 2010

Dokumen Tamadun Islam Dalam Bidang Sains






















Kategori: Katalog
Dikeluarkan oleh: Akademi Sains Malaysia
Bahasa: Melayu, Inggeris Dan Arab
Harga: RM40
Halaman: 118
Cetakan kertas mewah
Cetakan Pertama: 2006
Tidak dijual di mana-mana kedai buku ( boleh didapati dari Akademi Sains Malaysia 902-4 Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur).




Ulasan Buku











Klik pada imej buku untuk BESARKAN

Jilid 1 dan 2
akan diulas...insyaAllah

Thursday, September 23, 2010

Kawasan Sekitar Laut Mati Adalah Kawasan Paling Rendah Di Dunia - Surah Ar Rum Ayat 1 Hingga 5


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

الٓمٓ (١) غُلِبَتِ ٱلرُّومُ (٢) فِىٓ أَدۡنَى ٱلۡأَرۡضِ وَهُم مِّنۢ بَعۡدِ غَلَبِهِمۡ سَيَغۡلِبُونَ (٣) فِى بِضۡعِ سِنِينَ‌ۗ لِلَّهِ ٱلۡأَمۡرُ مِن قَبۡلُ وَمِنۢ بَعۡدُ‌ۚ وَيَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَفۡرَحُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (٤) بِنَصۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ يَنصُرُ مَن يَشَآءُ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ (٥) وَعۡدَ ٱللَّهِ‌ۖ لَا يُخۡلِفُ ٱللَّهُ وَعۡدَهُ ۥ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ


Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Alif, Laam, Miim. (1) Orang-orang Rom telah dikalahkan; (2) Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya; (3) Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira; (4) Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (5) Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)








Al-Baḥr al-Mayyit


Sebab sebab turunnya ayat ini:

Sempena peperangan yang berlaku antara Parsi Sasanik dan Rom Byzantium di Syria- Palestin berdekatan dengan Laut Mati pada tahun 619 M.



1. Parsi Sasanik penyembah berhala/api. Rom Byzantium adalah golongan Ahli Kitab. Dengan kekalahan Rom Byzantium, orang-orang Islam merasa sedih.


2. Al Quran menenangkan umat Islam bahawa Rom Byzantium akan meraih kemenangan dalam peperangan akan datang.


3. 7 tahun tahun kemudian peperangan ke-2 berlaku antara Rom Byzantium dan Parsi Sasanik pada tahun 626 M, bangsa Rom meraih kemenangan.


4. Ekoran dengan kemenangan Rom ini juga, umat Islam meraih kemenangan dalam Perang Badar Al Kubra dalam menentang musyrikin Quraisy.


5. Peperangan berlaku antara Rom dan Parsi adalah di Adnal Ardh ( kawasan paling dekat /paling rendah )


6. Dalam aspek bahasa Arab perkataan 'Adna' membawa maksud paling dekat dan paling rendah.


7. Daerah Laut Mati adalah permukaan bumi yang paling rendah kerana ia berada pada titik 392 meter di bawah permukaan laut. Angka ini mengikut catatan satelit ia adalah angka titik terendah di daratan bumi.



Dialog antara Syeikh Zindani dan Prof. Palma Tentang Kawasan Terendah Di Dunia:


Syeikh Zindani:

Kami mempunyai satu ungkapan dalam Al Quran. Ada ayat al Quran menyebut bahawa satu daerah di mana berlakunya peperangan antara Rom dan Parsi adalah merupakan satu tempat yang terendah di dunia iaitu satu daerah perbukitan di Laut Mati.



Prof. Palma:

Oh tidak!...ia bukan daerah yang paling rendah. Ada sejumlah daerah dataran yang rendah di Belanda yang berada di bawah paras laut.



Syeikh Zindani:

Saya yakin apa yang saya katakan. Pusingkan globe anda yang mempunyai petunjuk dataran tinggi dan dataran rendah itu.



Prof. Palma:

(memusingkan glob dan mengarahkan jarum petunjuk ke kawasan Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya. jarum panjang penunjuk berpusing dan ketinggian wilayah muncul di kawasan ini dengan jelas: kawasan terendah di dunia)

oh! benar apa yang saudara katakan...Baitul maqdis dan kawasan sekitarnya adalah kawasan terendah di dunia..


(Ensaiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al Quran Dan Al Sunnah: 172 Al Hidayah Publications. 2009)




Monday, September 20, 2010

TEORI PUTARAN - Hukum Alam Semesta

Berbagai bentuk putaran yang terjadi di alam ini di antaranya:

Planet planet berputar mengelilingi bintang-bintangnya
Bintang-bintang beredar pada garis lintasannya
Bumi berputar mengelilingi matahari sekali dalam setahun

Bulan berputar mengelilingi bumi sekali dalam sebulan hingga sampai bulan Zulhijjah. Waktu ini orang Islam berduyung-duyung ke Mekah menunaikan haji dan bertawaf (melakukan aktiviti putaran) di sekeliling kaabah. Tawaf di kaabah adalah isyarat dan simbolik adanya fenomena alam semesta yang sedang berlaku kerana taat pada penciptanya.

Tawaf, ia dilakukan dengan 7 keliling melawan arus jarum jam bermula di Hajarul Aswad. Begitu juga elektron yang ada pada setiap atom yang berputar mengelilingi atom pada 7 orbit.

Semuanya berputar mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan olehNya. Oleh itu dapatlah difahami firman Allah Taala:


"dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya berputar di tempat putaran masing-masing" ( Al Anbiya':33).












Sunday, September 19, 2010

Kedudukan Ulum Al Kauniyyat ( Ilmu Alam Semesta )













Kata Imam Ali Jauhari di dalam kitab Tafsirnya - TAFSIR AL JAWAHIR (Sebuah kitab Tafsir Al Quran yang mencantumkan antara ilmu Al Quran dan sains moden):


"Mengapa para ulama Islam mengarang berpuluh puluh ribu kitab mengenai ilmu fiqh sedangkan ilmu fiqh dalam al Quran hanya terdapat beberapa ayat yang bilangannya tidak melebihi 150 ayat. Ayat yang membicarakan ilmu kainat mencapai 750 ayat. Adakah harus pada akal mahupun syara', umat Islam mahir dalam ilmu yang mana ayatnya sedikit dan jahil dalam ilmu yang mana ayat yang membicarakannya lebih banyak. Jadilah umat yang mahir dalam ilmu al kainat untuk mengangkat martabat umat..." (25: 55-56)


Wednesday, September 8, 2010

Tarikh Hari Raya Puasa 10 Sept 2010 = 1 Syawal 1431 H

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010," katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

Pada tahun ini kita berpuasa genap 30 hari.

Rumusan Kiraan Falak Hilal Syawal 1431 H

Tarikh lihat hilal = Rabu 8 Sept 2010 (29 Ramadhan 1431). Ijtima' bulan dan matahari jam 6.30 ptg. Matahari terbenam jam 7.25, bulan terbenam jam 7.13. Tinggi hilal -3° 20 min ( tak cukup syarat). Jarak lengkung bulan dan matahari 5° 7 min ( tak cukup syarat). Umur hilal 44 min (tak cukup syarat) = hilal (anak bulan) tidak wujud di atas ufuk.

Nampaknya mengikut kiraan Falak, kita berhariraya pd 10 Sept 2010 (Jumaat) = 1 Syawal 1431H...insyaAllah.


* Berdasarkan lokasi cerapan di Tanjung Cincin, Langkawi iaitu lokasi paling barat.














































Thursday, September 2, 2010

Majlis Makan Malam Cerapan Planet





















Dr. Kasim Bahali
Ketua Bahagian Falak
Kompleks Al Khawarizmi
Tanjung Bidara Melaka