Tuesday, June 16, 2009

Gambar Album

Dari atas Bukit Jugra
Banting Selangor











Praktikal Falak di KUIS

Alatan:

1. GPS
2. Theodolite
3. Kompas Ushikata





Atas Bukit Jugra
Banting Selangor

Monday, May 25, 2009

Siri 2: Tokoh-Tokoh Ilmu Falak

1. Ibnu Yunus ( Kurun 10 M )

Nama sebenar Ali bin Abdul Rahman. Melakukan penyelidikan astronomi sejak tahun 975 M sehingga 1009 M. Di antara sumbangan beliau ialah menghasilkan jadual astronomi yang dikenali sebagai Zij Al Hakimi. Beliau banyak melakukan penyelidikan astronomi di Mesir dan Sepanyol pada zaman Kerajaan Fatimiyah. Beliau juga telah menyusun jadual tentang pengiraan waktu terbit dan terbenam matahari berdasarkan sudut waktu, azimut dan ketinggian matahari. Dengan ini pengiraan waktu solat menjadi lebih mudah. Selain itu beliau turut memperkenalkan kaedah pengiraan trigonometri sfera untuk mencari arah kiblat. Beliau juga turut terkenal dalam bidang matematik.


2. Al Farghani ( Kurun ke 11 M )

Naman sebenar ialah Abu Abbas Ahmad Ibn Muhammad Ibn Kathir Al Farghani. Salah seorang ahli falak yang bergiat pada zaman Khalifah Al Makmun. Pengarah Pusat Cerapan As Syamiah di Baghdad. Peralatan falak ciptaan beliau ialah jam suria. Turut mengira saiz planet dan matahari. Di antara kitab falak beliau ialah Usul Falak dan Ilmu Najmi Wa Usulil Harakat Assami.


3. Al Biruni ( 362 H - 442 H )

Nama sebenar Abu Rayhan Al Biruni. Mendapat pendidikan dari pakar astronomi dan matematik bernama Abu Nars Al Mansur. Kajian astronominya hingga ke Pakistan dan India dan penyelidikan beliau disokong oleh pemerintah Ghazna. Antara karyanya ialah Qanun Mas'udi, Ifrad al Maqal Fi Ilmi ad dalal.

Al Biruni menggunakan teknik geometri bagi mengukur bayang untuk mengetahui jarak antara dua tempat dan mengukur ukur lilit bumi. Nilai ukur lilit bumi adalah yang dihasilkan beliau adalah yang terbaik pada zaman pertengahan.

Beliau banyak membuat kajian tentang matahari, bulan dan planet-planet khususnya tentang sifat-sifat fizikal, pergerakan tahunan, panjang tahun tropika, jarak antara planet dan matahari, fenomena gerhana, pergerakan bulan, keserongan ikliptik bulan, pasang surut, kenampakan anak bulan dan lain-lain.


4. Ibnu Sina ( 370 H - 428 H )

Nama penuh beliau ialah Abu Ali Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina. Mendapat pendidikan dalam ilmu logika, ilmu ukur dan astronomi dari Abu Abdullah Natali. Ketika berusia 17 tahun, beliau telah menamatkan ilmu perubatan. Karya beliau yang terawal ialah Al Majmu' berkenaan dengan matematik. Walaupun beliau mahir ilmu falak, tetapi beliau lebih dikenali dalam bidang perubatan melalui karya-karyanya seperti Qanun Fi At Tib dan Al Shifa.


Tokoh-tokoh lain dalam ilmu falak ialah Al Khawarizmi, Al Haitham, Nasiruddin Al Tusi, Al Zarqali, Al Kindi, Thabit Ibn Qura, Ulugh Beg, Yahya bin Abi Mansur, Sind Bin Ahmad, Musa Ibn Syakir dan lain-lain.

Sunday, March 1, 2009

Siri 1: Sejarah Ringkas Perkembangan Ilmu Falak - Definisi

Ilmu Falak adalah salah satu cabang ilmu sains tabii yang mengkaji pergerakan cakerawala seperti bumi, bulan, matahari serta bintang-bintang. Ia juga diistilahkan sebagai "sains yang mengkaji objek-objek diangkasa.

Perkataan 'Falak' disebut dalam al Quran yang menunjukkan pengertian sesuatu yang beredar di langit. Ini berdasarkan firman Allah Taala yang bermaksud:


40. (dengan ketentuan Yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. ( Yasin:40 )

33. dan Dia lah (Tuhan) Yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). ( Al Anbiya:33 )


Berikut ini adalah beberapa takrifan falak yang diberikan oleh beberapa tokoh cendikiawan Islam:

1. Falak adalah sesuatu yang saling bertukaran - Al Biruni dalam Kanun Al Masudi.

2. Ilmu yang mengkaji tentang tatasuria, menghitung jumlah bintang, mengukur pembahagian gugusan-gugusan bintang, jarak, saiz dan pergerakan badan-badan cakerawala serta mengetahui segala sesuatu yang berhubung dengannya - Rasail Ikhwan Al Safa.

3. Ilmu yang mempelajari pergerakan tetap bintang-bintang samada bergerak atau berpusing - Ibnu Khaldun dalam Al Mukadimah.