Monday, June 6, 2011

Gerhana Penuh Bulan Jun 2011


Written by Kassim Bahali   
Monday, 30 May 2011



Tanggal 15-16 Jun 2011, sebahagian Bumi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana penuh Bulan. Seluruh  Malaysia berpeluang menyaksikannya pada tanggal 16 Jun 2011. Seluruh  gerhana ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. Bagi tahun 2011 akan berlaku dua kali gerhana penuh Bulan dan kali ini adalah salah satu dari gerhana tersebut. Gerhana penuh Bulan hanya akan berlaku ketika fasa purnama. ( Sila klik untuk melihat animasi Gerhana Bulan & Gerhana Matahari Eclipses_Nav

Gerhana ini dikatakan paling gelap pernah berlaku kerana kebaiasaannya walaupun gerhana penuh kita masih boleh melihat sedikit cahaya di permukaan Bulan. Sebelum ini gerhana penuh bulan paling gelap pada 16 Julai 2000.  Keadaan ini disebabkan  ketika fasa gerhana total itu,  bulan melintasi betul-betul bayang paling gelap Bumi iaitu  umbra.


Permulaan gerhana penuh kali ini boleh dilihat bagi mereka yang tinggal di selatan Chile, timur Argentina dan timur Brazil. Di sini gerhana dapat dilihat ketika Bulan terbit di langit timur pada awal malam. Manakala penghujung gerhana penuh dapat dilihat oleh mereka yang tinggal di Thailand, Kemboja, Vietnam dan barat Australia. Mereka yang tinggal di sini dapat melihat gerhana penuh ketika Bulan terbenam di langit barat awal pagi. Mereka yang di Barat Eropah akan melihat Bulan terbit yang sedang mengalami gerhana penuh. Mereka melihat Bulan yang gelap terbit di timur yang kebiasaannya kelihatan bulan penuh yang terang ketika fasa purnama. Kali ini Bulan kelihatan seolah-olah telah hilang cahayanya.