Friday, March 26, 2010

Praktikal Di KUIS 13 Mac 2010: Pengukuran - Alatan: Theodolite
























































Siri 6: Cerapan Angkasa Dan Hubungannya Dengan Ibadat Penduduk Bumi




Mungkin seringkali juga kita mendengar ayat seperti ini: Apa guna duk teropong langit malam-malam? Apa yang dapat?

Ini adalah sebahagian pertanyaan yang sering diungkap berulang-ulang kali. Mungkin bagi setengah orang cerapan angkasa atau langit malam dilihat sebagai hanya satu hobi dan tidak lebih dari itu. Namun begitu, dalam Islam ia ada pengertiannya sendiri yang sering dikaitkan dengan kehidupan kita di bumi ini. Ia amat berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh ahli-ahli astronomi barat yang banyak menjurus kepada hanya semata-mata hobi dan memenuhi masa lapang kecuali ahli-ahli astronomi yang serius sahaja.

Aktiviti yang dilakukan ahli falak mempunyai matlamat-matlamatnya yang tersendiri di antaranya:

1. Mengenal pencipta dan kebesaran Yang Maha Kuasa

Apa-apa yang didengar adalah berbeza dengan apa-apa yang kita mampu lihat dengan pancaindera. Seperti apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim alaihissalam yang memerhatikan ciptaan Allah Taala di alam cakerawala. Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan Kami yang terdapat di LANGIT dan di BUMI, dan Kami memperlihatkannya agar Ibrahim itu termasuk dalam kalangan orang-orang yang YAKIN” 6:75


2. Pelaksanaan ibadat kita sehari-hari ada kaitan yang rapat dengan fenomena alam cakerawala seperti pergerakan bulan, bumi dan matahari. Ini adalah disebabkan pelaksanaan ibadat ada batas masanya yang tertentu. Setiap ibadat fardu seperti solat, zakat, puasa dan haji mempunyai batas masa yang tertentu yang telah ditetapkan. Tempuh masa adalah bergantung kepada bergerakan bumi, matahari dan bulan.


3. Untuk kegunaan ibadat dan kegunaan harian.

Bintang-bintang dilangit boleh digunakan sebagai pemandu arah. Ia digunakan secara tradisional oleh nelayan-nelayan laut dalam yang berbulan-bulan berada di lautan untuk kembali ke persisiran pantai. Dalam ibadat pula ada bintang bintang yang boleh dijadikan panduan arah kiblat iaitu Nilam, Nitaq dan Mintaka yang berada dalam Buruj Belantik ( Orian ). Untuk melihatnya, ia tidak memerlukan teropong, cukup dengan kemahiran penglihatan mata biasa sahaja.


4. Untuk membuat takwim atau calendar.

Takwim islam berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi bumi. Kaedah ini ada disebut dalam Al Quran surah Yunus ayat 5.

“Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkanya manzilah-manzilah bagi perjalanan bulan itu supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan waktu”


5. Untuk mengetahui pasang surut air.

Ia sangat penting terutama bagi nelayan dan ahli pelayaran. Orang pertama yang menerangkan pasang surut air ini ialah Abul Ma’syar ( 787-886M ).

Hasil kajian ini direkodkan dan disimpan sebagai data data astronomi yang dikenali sebagai Zij.