Friday, September 18, 2009

Siri 3: Sejarah Ilmu Falak Di Malaysia








Mengikut sejarah, kedatangan ilmu falak di Malaysia (Semenanjung Tanah Melayu ) serentak dengan kedatangan Islam.

Ini terbukti bila dirujuk kepada Batu bersurat dan juga kehadiran Syeikh Abdul Aziz An Nayyiri ke Melaka.

Mengikut batu bersurat yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu, terdapat catatan seperti berikut:

"....Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala...."

"....Baginda Rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua...."

Saratan merujuk kepada Buruj ( Gugusan ) Saratan. Tujuh ratus dua pula merujuk kepada tahun 702 Hijrah.

Fakta di atas menunjukkan bahawa telah wujud penggunaan takwim Islam dan digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Begitu juga dengan kehadiran Syeikh Abdul Aziz ke pantai Melaka. Beliau bersama dengan ahli rombongan menunaikan solat Asar sebaik saja tiba di pantai Melaka. Tentunya mereka menggunakan ilmu falak untuk menentukan arah kiblat dan masuknya waktu Asar.

Di sana terdapat satu manuskrip yang membicarakan mengenai kejadian alam semesta yang bertajuk Bad'u Kalqis Samawatiwal Ard (  بدع خلق السموات والارض ) yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Nuruddin Al Raniri dari Aceh pada tahun 1046 H. Ia boleh di dapati di Bahagian Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia. Manuskrip ini mengandungi jadual pergerakan matahari dan bulan yang di percayai sebahagian daripada Zij Ulugh Beg seorang ahli falak pada kurun ke-15 M.




Pantai Selat Melaka

Saturday, September 12, 2009

MAKLUMAN: Pakar Ilmu Falak Malaysia Kembali Ke Rahmatullah


Hj Abdul Ghani kembali ke Rahmatullah







Written by Syed Kamarulzaman
Friday, 28 August 2009

Persatuan Falak Syar'i Malaysia ( PFSM ) dengan sedihnya ingin memaklumkan kepada semua ahli PFSM dan peminat falak bahawa Tuan Hj Abdul Ghani Salleh, ahli falak terkenal daripada Terengganu telah kembali keRahmatullah awal subuh hari ini, 7hb Ramadan 1430 / 28 Ogos 2009.



Beliau merupakan seorang yang gigih dalam penggajaran falak syar'i terutamanya dalam penghisaban. Beliau telah menanam jasa dengan mendidik ramai pelajar dalam bidang ini di seluruh Malaysia dan juga di luar negara seperti Brunei Darussalam. Al Fatihah....



MAKLUMAN: Kedudukan Hilal Syawal 1430


Written by: Syed Kamarulzaman
Saturday 12 September 2009

Rukyah hilal Syawal akan dilakukan pada waktu Maghrib 29 Ramadhan 1430 bersamaan dengan 19 September 2009.

*Klik pada imej
Di bawah ini ditunjukkan kedudukan bulan dan suria jika dirukyah di Tanjung Cincin Pulau Langkawi. Lokasi ini dipilih kerana ianya terbarat sekali di kawasan Malaysia.

Bulan pada ketika itu memenuhi syarat imkanur rukyah dan 1 hb Syawal akan bermula pada malam itu dan harinya pada 20 September 2009.

* Altitud bulan: 3 darjah 44' dan jarak lengkung matahari/bulan: 8 darjah 8'